Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
2 cawan pulut - direndam 3 jam
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam
Lapisan pelangi:
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
sedikit pewarna hijau, merah, cokelat, kuning
cara:
- masukkan semua bahan lapisan bawah dlm loyang dan kukus sehingga pulut masak
- bila telah masak, tekankan pulut dlm loyang sehingga mampat
- bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan
- bahagikan adunan kepada 4 mangkuk
- masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna
- lapiskan dahulu dengan warna hijau dan kukus selama 10 min dengan api perlahan
- buat lapisan seterusnya sehingga habis
- biarkan kuih betul2 sejuk dlm 4 jam baru dipotong
0 comments:
Post a Comment