Pages

31 August 2007

Siew pak choy bersama kepah

Bahan-bahan (2-3 org):
10 keping kepah
300gm sayur siew pak choy
1 biji bawang besar - dipotong bulat atau dicincang
30gm cili merah - dicincang
5 biji cili padi - di hiris halus
75g sos tiram
1 sudu makan sos soya hitam/kicap
1/2 cawan air
75g minyak masak

cara:
  • susun kepah dan sayur atas pinggan. kukus selama 7 minit
  • panaskan minyak dan tumis bahan potong/cincang/hiris
  • kemudian tambah air dan sos soya hitam dan sos tiram
  • kacau perlahan sehingga ia pekat
  • setelah kuah pekat, tuangkan ke atas kepah bersama sayur siew pak choy

Sotong paprik

resepi nie boleh ditukarkan kepada udang kalau tak suka makan sotong lepas tu dpt pulak makan ngan nasi panas2 alamak mau dua pinggan licin

Bahan-bahan:
3 camb minyak
3 ekor sotong yg besar - dipotong bulat
1 biji bawangbesar - dihiris berbaji
1 batang serai - dititik
3-4 biji cili padi - dititik
2 helai daun limau purut
2 batang kacang panjang - dihiris 2cm
sayur jagung - dipotong memanjang
1/2 carot - dihiris memanjang
100-120 ml air
1 camt gula
sedikit garam

Bahan sos:
2 camb sos tomato
3 camb sos cili
1 camb sos tiram
1 camt kicap pekat
sedikit sos ikan

cara:
  • panaskan 1 camb minyak, masukkan sotong dan kacau hingga kering airnya. angkat
  • panaskan baki minyak, tumis bawang besar, serai dan daun limau purut hingga wangi
  • masukkan bahan sos dan kacau hingga pekat
  • bubuh carot, sayur jagung, kacang panjang, gula dan garam serta sedikit air
  • bila sayur empuk, masukkan sotong dan kacau rata
  • masak selama 2 min kemudian angkat

30 August 2007

Blueberry muffin resepi I

Bahan-bahan (6 biji standard size):
175g tepung gandum
1 1/2 camt baking powder
75g low fat butter atau marjerin atau unsalted pun buleh gak - cairkan atau biarkan lembut
175g gula kastor atau gula pasir asalkan gula udah ler
2 camb madu lebah atau apa2 yg sama waktu dengannya
1 biji telur tak kira grade apa
1 camt esen vanila
100ml susu segar
110g fresh blueberries atau frozen

cara:
  • panaskan oven pada suhu 200C dan susukan muffin cases didlm muffin mould dan ketepikan
  • ayak tepung dan baking powder bersama dan ketepikan
  • dlm mangkuk lain pukul butter, gula dan madu dengan mixer electric sehingga gebu
  • masukkan esen vanila dan telur dan pukul sehingga sebati
  • masukkan campuran tepung tadi diselangselikan dengan susu biar mula dengan tepung dan akhiri juga dengan tepung
  • kaupbalikkan fresh blueberries dan sudukan ke dalam muffin cases dan bakar selama 25-30min atau hingga keperangan jgn jadi well done terus udah ler kang buang yo dlm tong sampah kenyang tong tu karang

Pandan cake

jangan tersilap yo sbb kek nie cam sama rupa ngan chiffon pandan cake tapi sebenarnya ada kelainan sikit. bahan2 utk buat pandan cake nie pun tak susah. ntah napa mmg suka sgt makan cake perasa pandan nie mungkin sbb bau daun pandan ngan colour hijau tu yg menarik.

Bahan-bahan (loyang size 22cm):
240g butter
10g / 1 camb quick 75 atau ovalette
240g gula kastor
secubit garam
4 biji telur
290g tepung naik sendiri - diayak
60ml jus pekat pandan
1 camt pes pandan - jika suka
sedikit pewarna hijau

cara:
  • putar butter dan ovalette hingga kebang
  • masukkan gula dan garam, putar hingga gebu cam mat gebu ahak ahak
  • bubuh sebiji demi sebiji telur dan putar sebati
  • kemudian masukkan pula tepung, kacau rata2
  • akhir sekali tuangkan jus pandan, pes pandan dan pewarna hijau
  • ratakan adunan di dlm tin size 22cm yg dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan mentega
  • bakar pada suhu 190C selama 1 jam atau hingga masak
note: kalau guna acuan silicone tidak perlu dilengser dengan mentega atau kertas kalis minyak. lepas diguna pastikan acuan tu di cuci dengan air panas jgn pulak yg tengah mengelegak lak mau cair acuan tu karang

29 August 2007

Sup ayam mamak style

Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung atau ayam bando pun buleh gak - dibelah 4
air - utk merebus ikut suka ati ler
daun sup dan daun bawang secukupnya - dihiris (kalau ada mmg sedap tak ada pun tak apolah joyah)
4 camb minyak
4 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 cm halia - dikisar

Bahan rempah (dikisar jadi serbuk):
2 camb jintan manis
1 1/2 camb jintan putih
2cm kulit kayu manis
1/2 camt lada hitam - kurangkan jika tidak mau pedas
3 kelopak bunga lawang atau 1/2 kuntum
1 kuntuk bungan cengkih

Bahan pemekat:
1 camb tepung gandum - dibancuh dengan
1/2 cawan air utk dijadikan pes

cara:

1. rebus ayam dengan air hingga mendidih
2. perlahankan api dan renihkan hingga ayam empuk
3. keluarkan ayam dan sukat air rebusan sebanyak 1.5 ltr dan ketepikan
4. potong ayam menjadi kepingan kecil
5. panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi
6. masukkan pula rempah kisar dan sedikit air rebusan
7. kacau hingga naik minyak dan wangi
8. tuangkan baki air rebusan dan kacau sekali sekala hingga mendidih
9. perlahankan api, tuangkan pes tepung dan kacau tanpa henti hingga kuah sup menjadi pekat
10.sendukkan ke dalam mangkuk berisi kepingan ayam dan taburkan daun sup dan daun bawang (dlm gambo tak letak sbb tak ada cian kat den)

note: jika kuah terlalu pekat setelah memasukkan pes tepung, tambah sedikit air mendidih dan kacau rata

28 August 2007

Len chee kang panas

Bahan-bahan:
40g gula melaka
50g gula kastor
40g biji teratai (lotus seed) - direndam dlm air
10 keping longan kering - dibilas
10 keping bunga lili kering - direndam dlm air
1 camb biji selasih - kalau ada lagi meriah
1 camb biji sagu - dibasuh & ditoskan
2 camb biji barli - dibasuh & ditoskan
kacang goreng atau almond
fungus putih - rendam hingga kembang dan potong kecil2
laici
600 - 700ml air
1 camt esen ros

cara:
  • masak gula melaka, gula kaster dan air hingga gula larut
  • masukkan biji teratai, longan kering, bunga lili kering, biji selasih, sagu dan barli
  • biar mendidih hingga biji teratai dan bunga lili lembut
  • masukkan kacang, laici dan fungus putih
  • masukkan esen ros dan kacau sebati
  • biar campuran sejuk sebelum dihidangkan dengan bahan lain jika suka

note: boleh juga di letakkan telur burung puyuh ikut selera masing-masing

source: puan norzailina nordin

27 August 2007

Air soya

Bahan-bahan (1 family besar kot):
1 kg kacang soya
















8-10 liter air
beberapa helai daun pandan
hirisan halia - jika suka

cara:

  • bersihkan dan rendam kacang soya selama semalaman















  • buangkan kulitnya dan toskan














  • kisar menggunakan air tadi, sedikit demi sedikit. tapiskan hampas kacang dengan kain maslin
  • bubuh ke dlm periuk yg cukup besar, masukkan daun pandan dan hirisan halia. kacau selalu hingga mendidih
  • jangan dibiarkan kerana ia mudah hangit. campurkan dengan air gula sebelum disajikan samada sejuk atau panas
note: untuk tahan lama
  • masak hingga betul2 mendidih. api jgn terlalu kuat
  • sejukkan air soya pada suhu bilik tanpa sebarang perasa dan simpan didlm fridge
  • pastikan air soya tidak disentuh dengan tangan atau benda asing sebelum disimpan

source: puan norzailina nordin

Cucur udang resepi II

Bahan-bahan (3-4 org tapi bergantung pada perut gak heehhe):
240g tepung gandum
2 camb tepung beras
1 camt baking powder
garam, gula dan sedikit serbuk kunyit
2 pokok daun kuchai
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 1/2 - 2 cawan air panas - bukan yg mendidih
2 biji telur
100g udang sederhana besar
100g taugeh - dibuang ekor

cara:
  • gaul 9 bahan pertama hingga sebati dan tidak terlalu keras
  • tutup dan biar 30 min
  • campurkan udang dan taugeh, kacau rata
  • goreng didlm minyak panas (yg banyak supaya terendam) hingga keemasan dan garing kulit luarnya
  • angkat dan toskan sebelum dimakan
note: dlm gambar saya tidak menggunakan daun kuchai sbb maleh beli hehehe tak letak pun daun sup sbb kat UK nie takdo jual ngan daun bawang sbb maleh jugak beli. semua keje maleh beli tapi cucur udang nie mmg sodap

Cili jeruk style Johor

resepi asal dari fizammar. tak pernah dlm idup buat cili jeruk sbb tak makan tapi sbb asben suka makan so kenalah berkorban apa saja hehehe dah jadi p.ramlee lak

Bahan-bahan:
cili hijau besar - bilangan terpulang pada individu
1 botol cuka makan

cara:
  • potong cili ikut keratan rentas atau ikut suka hati tepuk dada tanya selera
  • masukkan cili ke dalam bekas bertutup dan ketepikan
  • tuangkan cuka makan ke dalam mangkuk dan panaskan sehingga mendidih dan tutup api (jgn didihkan terlalu lama)
  • tuangkan dengan secepat mungkin cuka tadi yg masih menggelegak ke dalam bekas yg mengandungi cili potong tadi
  • setelah agak sejuk, tutup bekas dan simpan dalam fridge

26 August 2007

Bubur kacang hijau durian

Bahan-bahan (4-5 org):
100gm kacang hijau
50gm isi durian
1.5ml santan
100gm gula merah
100gm gula pasir
50gm sagu
2 helai daun pandan

cara:
  • bersihkan kacang hijau dan rendamkan di dalam air selama satu jam


  • kemudian masak kacang hingga separuh masak dan tuangkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan yg telah disimpul
  • gaulkan hingga gula larut
  • selepas itu, masukkan sagu dan durian. didihkan pada api sederhana
  • ia sedia dihidangkan apabila mula menjadi pekat

Ayam goreng mamak resepi I

Bahan-bahan (satu opis kot):
1.5kg ayam - dipotong ikut suka
1 1/2 camt jintan putih - disangai & ditumbuk
1 camt pes bawang putih
2 camt pes halia
1/2 camt serbuk kunyit
1 camb serbuk ketumbar
1/4 camt serbuk lada hitam
1 1/2 camt serbuk cili
2 camb tomato puri
2 camb tepung beras
sedikit pewarna merah - jika suka
garam secukupnya
3 pelepah daun kari
minyak untuk menggoreng

cara:
  • perap ayam dengan semua rempah dan garam selama 2 jam

  • balik2kan supaya rata rempahnya
  • panaskan minyak, goreng ayam dengan beberapa helai daun kari hingga masak
  • angkat dan sedap dimakan dengan nasi putih dan lauk2 yg sama waktu dengannya

25 August 2007

Strawberry marble cake

asyik dok ngan cekelat je nie tukaq ler pulak ke strawberry tapi mula2 tanya asben dulu sbb dia yg suruh buat. yo lah kito pun nak jadi cam mat gebu pelbagaikan resepi tak yo che mat ooii

pi ler nengok resepi kat sini cuma tukarkan perasa cekelat tu ke perasa strawberry emulco

cake yg belum dipotong kira virgin lagi ler tu jgn mare ye mak dara

Sotong goreng tepung

Bahan-bahan (1 family tak kire ler besar, sederhana atau kecil yg penting makan sefamily):
500g sotong - mesti ler dicuci kasi bersih2
300g tepung gandum
3 camb tepung jagung
2 biji telur putih - dipukul kental (meringue)
230-250ml air
garam secukupnya
minyak utk menggoreng

cara:
  • kukus sotong yg sudah dipotong hingga separuh masak (keluar airnya) tujuannya supaya bila kita menggoreng sotong minyak tidak meletup
  • lap kering dengan kitchen towel
  • ayak tepung gandum dan tepung jagung ke dalam mangkuk
  • tuangkan air dan garam, kacau sebati
  • kaupbalikkan putih telur rata-rata
  • panaskan minyak, celup sotong ke dalam adunan tadi kemudian goreng hingga keemasan (minyak hendaklah banyak supaya sotong tidak lekat di dasar kuali iaitu deep frying)
note: sotong boleh jugak digantikan dengan udang atau filet ikan. kalau gunakan udang dan ikan tidak perlu dikukus dahulu cuma bersihkan dan dilap kering2 dengan kitchen towel. ada paham murid2 kalau tak reti gak gi ler masuk balik ke sekolah tadika ahak ahak that's the way ahak ahak lagu peberet k.nis

23 August 2007

Spaghetti carbonara

Bahan-bahan (2-3 org):
450g spaghetti
2 camb minyak jagung
1 labu bawang besar
200g udang - dibuang kepala & kulit
115g keju cheddar
3 biji telur
3 camb susu segar @ 4 camb whipping cream
garam, serbuk lada hitam secukupnya
3 camb hirisan daun parsli @ dried parsley

cara:
  • jerang air yg banyak, bila mendidih, masukkan 1 camb minyak, garam dan spaghetti
  • cincang bwang, panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu dan keemasan
  • masukkan udang dan kacau hingga udang masak
  • parutkan keju
  • pukul telur dengan garfu
  • bila udang masak, masukkan susu atau whipping cream dan bubuh garam serta serbuk lada hitam
  • tuskan spaghetti kemudian letak semula di dlm periuk
  • masukkan telur dan keju, kacau cepat
  • campurkan dengan bahan gorengan kemudian sajikan
  • hias dengan daun parsley

Baked cheesecake

Bahan-bahan (satu kampung ahak ahak):
Lapisan bawah:
230g serbuk biskut digestive / marie
30g gula kastor
75g butter - cairkan

Lapisan atas:
250g philadelphia cream cheese - brand nie yg paling sodap
125ml whipping cream
1 camb jus lemon
70g gula kastor
3 biji kuning telur
1 camt esen vanila
2 camb tepung kastard
3 biji putih telur

cara:
  • campurkan semua lapisan bawah, ratakan di dlm tin spring form atau apa2 loyang pun buleh
  • simpan di dlm fridge selama 20 min
  • putar cream cheese hingga lembut, masukkan whipping cream dan jus lemon
  • kacau rata dan masukkan sedikit demi sedikit gula, diikuti kuning telur dan esen vanila
  • akhir sekali, masukkan tepung kastard
  • putar putih telur hingga separuh kental, kaupbalikkan ke dalam adunan
  • tuangkan ke atas lapisan biskut
  • letak tin di atas tin pembakar dan bakar pada suhu 175C selama 30-35 min
  • jangan dibuka oven semasa memasak
  • bila kek telah masak, renggangkan pintunya
  • bila kek sejuk baru disimpan didlm fridge selama 4 jam. kalau suka hiaskan dengan buah2an pilihan di atasnya

22 August 2007

Ice-cream puffs

see the cream puff recipe and chocolate ice-cream recipe here. when the cream puffs have cooled, slice in half. place a small scoop of ice-cream between the two halves. drizzle cream puffs with chocolate syrup (see picture below)

21 August 2007

Ayam percik resepi I

Bahan-bahan (1 family):
1 ekor ayam - dipotong ikut suka hati
1 ltr santan - dari 2 biji kelapa
2-3 camb pes cili
1cm belacan
1 camt halba
2 keping asam keping
1 camt gula
garam secukupnya

Bahan kisar:
8 biji bawang merah
2cm halia
3cm kunyit
2cm lengkuas
2 batang serai

cara:
  • jerang semua bahan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih
  • bila kuah setengah pekat, keluarkan asam keping
  • masukkan ayam dan balik2kan hingga 3/4 masak
  • biar kuah atas api perlahan
  • panggang ayam dan percikkan kuah diatasnya
  • bila ayam masak, sajikan dengan kuahnya tadi

Talam keladi resepi I

Bahan-bahan (satu loyang size 22sm)
Bahan lapisan bawah:
300gm keladi - dikiub kecil & dikukus separuh empuk














110gm tepung beras
90gm gula pasir
600ml santan - dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam

Bahan lapisan atas:
200gm gula merah
150gm tepung gandum
50gm tepung beras
40gm gula pasir
25gm tepun gjagung
700ml santan - dari 1 biji kelapa
500ml air
1 sudu makan air kapur pekat
1 sudu teh garam

cara:
  • lapisan bawah: satukan tepung beras, gula, santan dan garam. kacau atas api perlahan hingga naik wap. angkat dan campurkan dengan keladi
  • tuang ke dalam loyang berukuran 22sm yg sudah dilengser minyak. kukus selama 12-15 min atau sehingga lapisan itu masak
  • lapisan atas: jerang gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih. tapiskan dan biar sejuk
  • kemudian ayak semua jenis tepung dan garam ke dalam mangkuk. tuangkan air gula merah, santan dan air kapur. kacau hingga sebati
  • bila lapisan bawah masak, tuangkan 1/4 adunan lapisan atas dan kukus selama 10-15 min
  • tuangkan lagi 1/4 adunan lapisan atas dan kukus semula. ulang hingga habis semua adunan
  • untuk lapisan akhir, kukus selama 25 min supaya masaknya sempurna


note: saya tak ikut resepi asal sbb terus je tuangkan semua lapisan atas sbb keje maleh nak nunggu ahak ahaak lepas tu nak jadi creative saya urai2kan lapisan atas kasi cam bercorak sikit. yo lah asyik2 nak licin je cam pakai krim penegang sekali sekala nak gak ubah pattern

20 August 2007

Buttered prawn

Bahan-bahan (1 family):
500gm udang harimau
4 sudu makan butter
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
minyak masak utk mengoreng

Bahan (A) disatukan:
3 biji kuning telur
2 sudu makan susu cair
garam & serbuk lada sulah

Bahan (B) dicincang:
2 ulas bawang putih
5-6 biji cili padi
1 tangkat daun kari

cara:
  • perap udang dengan serbuk lada sulah, garam dan gula selama 30 min
  • kemudian gaul udang dengan tepung jagung hingga rata
  • panaskan minyak yg banyak, goreng udang hingga masak. angkat dan toskan
  • panaskan 2 sudu butter. goreng bahan (A) atas api perlahan hingga ranggup dan keemasan. ketepikan
  • panaskan baki butter, tumis bahan (B) hingga berbau
  • masukkan udang dan telur. kacau hingga udang bersalut elok. angkat

Cendol resepi I


Bahan-bahan untuk membuat air cendol:
Bahan-bahan:
Cendol
santan dicampurkan sedikit garam

Bahan air gula:
300g gula melaka - dicincang
100g gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan - disimpul

cara:

  • untuk membuat air gula, jerang semua bahan hingga gula larut
  • biar sejuk
  • cara menghidangnya: letak cendol di dalam gelas
  • tambah kiub ais
  • tuangkan santan bercampur garam dan air gula
  • sedia dihidangkan
Bahan-bahan (4-5 orang):
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

cara:

  • masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  • kacau selalu supaya tidak hangit
  • sediakan bekas yang berisi air sejuk
  • masukkan cendol ke dalam acuan muruku atau pada sapa2 yg tak ada boleh ler gunakan sudip seperti ini dan tekan ke dalam air sejuk
  • simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais

source: siti mariam, myr

19 August 2007

Buah melaka / onde-onde melaka


Bahan-bahan (30 biji):
250gm tepung pulut
230ml air
200gm kepala parut putih
120gm gula melaka - dipotong kiub
10 helai daun pandan
2-3 sudu makan air - jika perlu
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan air kapur
sedikit pewarna hijau
garam secukup rasa

cara:
  • kisar air dan daun pandan hingga hancur. masukkan pewarna hijau
  • gaul sebati tepung pulut, tepung gandum dan air kapur
  • masukkan air daun pandan dan kacau hingga menjadi doh yg lembut. tambah sedikit air jika perlu

  • bentukkan doh menjadi bebola kecil


  • isikan sepotong gula melaka ditengahnya


  • tangkupkan semula menjadi bebola. buat beberapa biji dan masukkan ke dalam air mendidih di dalam periuk
  • bila kuih timbul, menandakan ia masak. angkat dan terus golekkan dalam kelapa parut bercampur garam
note: jangan dibiarkan doh berisi gula terlalu lama kerana gulanya mungkin meresap keluar. sebaik saja membentuk 10 biji, terus masukkan ke dalam air mendidih. setelah diangkat semuanya baru dimasukkan 10 biji lagi

Spaghetti bolognese

hari nie kita ubah sikit selera ke western lak yo lah hari2 dok masak msian recipe je nak gak try masakan org putih sekali sekala. lagi pun tekak cam rasa tak sodap yo nie mesti pasai weather keep changing kojap paneh kojap sojuk so apo laei selero pun samo gak kena gak tukar. tanya asben nak makan spaghetti dia cam tak fancy lak pada hal dio lagi lamo tinggal sini tapi tak suka lak lantoklah ko sudin yg ponting den dapek lopaih goram makan western

Bahan-bahan (1 family):
2 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 labu bawang besar (jenis putih) - dipotong kiub
1 helai daun bay kering
400gm mince beef
400gm tomato dlm tin - beli yg chopped punya senang tak yah blend
500ml air
2 sudu besar tomato puree
1 kiub stok daging
2 sudu besar oregano kering
500gm spaghetti - direbus dengan sedikit minyak supaya tidak melekat
parutan keju secukupnya
gula & garam secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan bay leaf hingga keemasan
  • masukkan daging, kacau hingg berubah warna dan kering airnya
  • campurkan tomato, air, stok, tomato puree, oregano, gula dan garam
  • kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api
  • masak selama 45min atau hingga kuah pekat
  • sajikan panas2 dengan spaghetti dan keju parut

18 August 2007

Keropok lekor resepi II

Bahan-bahan (1 family):
1 kg ikan parang / mackerel / kembong
500g tepung kanji / ubi
garam secukupnya
125ml air
sedikit kiub ais
sedikit serbuk perasa

cara:
  • buangkan kulit ikan dipotong dari kepala hingga ke ekor tujuannya senang utk diblend
  • ambil isi ikan, buangkan tulangnya dan blend
  • keluarkan isi ikan dan masukkan ke dalam mangkuk sambil dibubuh garam dan serbuk perasa
  • campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini
  • kemudian bubuh tepung dan air secukupnya sambil diuli menjadi doh yg kenyal
  • celup jari dalam tepung dan bentukkan doh menjadi seperti silinder
  • jerang air hingga mendidih dan masukkan keropok ke dalamnya


  • bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis


  • biar sejuk sebelum dihiris dan digoreng di dlm minyak panas dan boleh dimakan dengan kuah cili atau sos lingam
  • potong nipis, simpan dlm tupperware dan masukkan di dlm fridge

Goreng pisang

Bahan-bahan (2-4 org):
2 biji pisang tanduk / awak - apa2 pisang yg sama waktu dengannya
75g tepung naik sendiri
60g tepung beras
1 camb tepung jagung
sedikit serbuk kunyit
garam secukupnya
130-150ml air
minyak utk mengoreng

cara:
  • satukan bahan2 kering di dalam mangkuk
  • buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil diputar hingga sebati
  • bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan selama 10-15 min sebelum digunakan
  • pastikan minyak gorengan banyak dan cukup panas supaya mudah menjadi keemasan dan tepung tidak menyerap minyak

16 August 2007

Marble cake



Bahan-bahan:
250g butter
130g gula halus
3 camb susu pekat
1 camb ovalette
3 biji kuning telur
230g tepung naik sendiri
1 camt esen vanila
1-2 camt chocolate emulco
3 biji telur putih

cara:
  • pukul butter, gula dan susu hingga kembang dan ringan
  • masukkan ovalette, pukul lagi dengan kelajuan maksima selama 5 min
  • masukkan sebiji demi sebiji kuning telur dan putar rata
  • akhir sekali, bubuh tepung dan esen vanila
  • pukul putih telur dlm mangkuk lain hingga kental
  • kaupbalikkan ke dalam adunan tadi
  • bahagikan 2, masukkan chocolate emulco ke dalam satu bahagian
  • sudukan secara berselangseli ke dlm loyang yg telah dilengser dengan marjerin
  • bakar pada 190c selama 40-45 min atau hingga masak

15 August 2007

Blueberry vanilla muffin

resepi nie diolah sedikit dari resepi vanilla muffin cuma dicampurkan dengan fresh blueberry
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin