Pages

9 September 2007

Telur asin

Bahan-bahan:
10 biji telur itik - jangan gunakan telur ayam
1kg garam kasar (coarse salt)
air secukupnya
bekas kaca / pasu bertutup











cara:

  • jerang garam dengan air (sukatan air sama paras dengan garam) hingga mendidih atau pun jerangkan air panas hingga masak dan tuangkan ke dalam bekas berisi garam
  • kacau sekali-sekala hingga garam larut
  • padamkan api, biar sejuk
  • tuangkan air garam ke dalam bekas kaca / pasu
  • masukkan telur itik satu persatu (pastikan kulitnya sudah dilap dengan kain lembab, diikuti kain kering)
  • tutup bekas tadi dan letak di tempat yg gelap (dlm kabinet yg jarang dibuka atau stor)
  • biar selama 14 hari atau lagi lama lagi bertambah masin
  • ambil sebiji rebus dan lihat hasilnya















  • jika belum cukup masin, bolehlah ditunggu lagi 2-3 hari baru diambil dan direbus
  • kalau org yg tahap kesabarannya tinggi bolehlah dibiarkan selama 1 bulan
note: jika ingin menambah telur, buat tanda dengan "waterproof marker" tarikh dimasukkan kerana nanti anda tidak terambil telur yg belum cukup masin. jika ingin disimpan (setelah cukup masin), keluarkan telur dan basuh kemudian lap dan simpan di dlm peti sejuk (rak bawah), tidak perlu disalut dengan tanah/sekam padi seperti yg dijual (utk tahan berbulan2)

source: puan norzailina nordin

5 comments:

Hani said...

Noreen, oo... memang kena rebus dulu erk sebelum hidang... kenapa telur itik jer? telur ayam tak leh erk???? sorry banyak soalan pulak. macam senang jer... nak try la untuk bulan puasa nanti.

noreen said...

mmg ler kena rebus dulu cik hani ooii tapi mmg senang. kalau u rasa masa masak air garam tu susah nak kacau what you have to do is masak air panas lepas tu letak garam dlm mangkuk then tuangkan je air panas dlm mangku then kacau kasi garam larut dan sejuk. lepas dah letak telur dlm botol baru tuangkan air garam. i pun tak tau napa tak leh guna telur ayam mungkin rasa tak sama then kalau guna telur ayam tak berapa nak masin sgt kot.

Hani said...

TQ.... ooo.... I tak tau kena rebus. sebab selalu beli tak yah rebus. basuh, potong terus jer.... :-P

noreen said...

hani kalau kita beli kat msia pun balik rumah kena rebus dulu. so far i tak pernah jumpa yg dah siap rebus wah kalau cam gitu senanglah you.

Shafidah Shamen said...

uuittttt noreen, mcm senang je nak buatnyer..nak cuba la. tapi nape kat msia tu org buat siap salut2 ngan benda hitam tu ek?

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin