Pages

26 September 2007

Agar-agar cendol

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
400ml santan cair - dari 1 biji kelapa
160gm cendol
100ml air
90gm gula pasir
60gm gula merah
2 helai daun pandan - disiat & disimpul
1/2 sudu makan serbuk agar2
garam secukup rasa

Lapisan atas:
200ml santan pekat - dari 1 biji kelapa
150ml susu cair
30gm gula pasir
1/2 sudu makan serbuk agar2
2 sudu teh tepung jagung
garam secukup rasa

cara:
  • jerang gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih dan gula larut. tapiskan ke dalam periuk
  • masukkan santan, serbuk agar2, daun pandan dan garam. kacau atas api sederhana hingga mendidih
  • tutup api dan buangkan daun pandan. biar selama 5 mi
  • bubuh cendol ke dlm agar2 dan kacau sebati
  • tuangkan ke dlm loyang atau bekas agar2 yg sudah dibasahkan terlebih dulu
  • sementara itu, larutkan tepun gjagung dengan sedikit santan. satukan dengan semua bahan lain
  • kacau di atas api perlahan. bila mendidih, tuangkan ke atas lapisan bawah yg sudah keras
  • bila lapisan atas keras, bolehlah disimpan di dlm peti sejuk
note: jgn campurkan cendol ketika agar2 masih mendidih kerana warnanya tidak kekal hijau

2 comments:

zaliana said...

ala comey nyer cendol..kalau dok dekat dah sampai depan pintu dah :D

noreen said...

meh ler za mai sini buleh kita main huluq pinggan kan hehehe makin jemu dah asyik dok main masak2 je jom main tembak2 nak ahak ahak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin